PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
-
SIRKULASI
Hanya ahli berdaftar sahaja yang diberikan kemudahan pinjaman bahan perpustakaan. Perkhidmatan ini disediakan merangkumi pinjaman, pemulangan, tempahan atau pembaharuan pinjaman. Ahli berdaftar layak meminjam bahan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.
-
PERTANYAAN RUJUKAN
Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna dengan membantu pengguna mendapatkan maklumat yang betul dengan cepat dan tepat. Pengguna boleh mengajukan pertanyaan dengan cara datang sendiri ke perpustakaan atau melalui borang pertanyaan, emel, panggilan telefon dan lain-lain.
-
FOTOKOPI DAN PERCETAKAN
Pengguna boleh membuat salinan sesuatu bahan dan mestilah mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2003. Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna perpustakaan sama ada ahli berdaftar atau bukan ahli dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
-
KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN
Pendaftaran keahlian boleh dilakukan dengan mengisi Borang melalui pautan yang disediakan di laman utama ini atau emel (psm1@komunikasi.gov.my) atau datang sendiri ke Kaunter Pusat Sumber KK, Aras 4. Pendaftaran adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua anggota KK, Jabatan dan Agensi dibawahnya.
-
PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA, GALAKAN MEMBACA DAN GALAK GUNA PERKHIDMATAN DAN KOLEKSI
Pusat Sumber KK menganjurkan pelbagai aktiviti dan program pendidikan pengguna berkaitan koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan tujuan menggalakkan budaya membaca dan galak guna perkhidmatan dan koleksi khususnya dalam kalangan warga KK.
-
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Pinjaman Antara Perpustakaan adalah perkhidmatan untuk mendapatkan bahan (bercetak atau elektronik) yang tidak terdapat dalam koleksi Pusat Sumber KK. Pengguna boleh membuat pertanyaan berkaitan status bahan dan menghantar permohonan melalui emel atau melalui panggilan. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada tempoh yang telah ditetapkan.
-
SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN
Sistem ini ialah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini, pengguna boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi anda. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan yang dilancarkan pada 2 Jun 1998.
-
PERMOHONAN ISBN/ISSN/PDP
No ISSN/ISBN/PDP adalah satu Nombor Piawaian yang unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang bakal diterbitkan oleh sesuatu pernerbit. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISSN mulai Jun 1976 dan Pusat Sumber KK menjadi penghubung dengan PNM bagi permohonann ISSN/ISBN/PDP badi setiap terbitan yang diterbitkan di Kementerian
-
PEMPAKEJAN MAKLUMAT
Pusat Sumber KK menyediakan bahan maklumat yang dipakejkan melalui himpunan artikel dan keratan daripada suratkhabar, jurnal, majalah, pangkalan data atas talian dan laman sesawang rasmi. Topik yang dipakejkan adalah mengikut keperluan dan bidang perkara (core-business) KKMM bagi memberi kemudahan rujukan kepada pengguna.
-
PERKHIDMATAN INTERNET
Merupakan perkhidmatan untuk pencarian maklumat secara atas talian yang disediakan kepada pengguna Pusat Sumber KK. Pengguna dilarang melayari laman sesawang permainan atau yang mempunyai unsur yang tidak baik. Para pengguna hanya dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja bagi sekali penggunaan pada waktu puncak mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan.
-
PINJAMAN KELOMPOK
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PNM bagi menampung koleksi bahan bacaan kepada perpustakaan/ institusi / jabatan yang tiada peruntukan tetap untuk perolehan buku yang besar.