Ruang Membaca

Ruang membaca yang selesa dan teratur, berkapasiti 29 hingga 30 orang dalam satu masa.


Ruang Santai

Ruang santai disediakan untuk kemudahan ahli yang ingin membaca akhbar/majalah. Kemudahan termasuk 2 set sofa yang boleh memuatkan 8 orang. Tayangan TV saluran Astro turut disediakan.


Bilik Latihan

Bilik latihan disediakan untuk kemudahan warga KK untuk mengadakan kursus atau seminar lengkap dengan kemudahan 35 unit komputer. (Untuk tempahan, sila muat turun Borang dan emelkan kepada psm1@komunikasi.gov.my)


Bilik Mesyuarat

Bilik mesyuarat mempunyai ruang tempat duduk bagi 21 orang. Kemudahan termasuk 6 komputer dan 1 skrin /papan putih.


Bilik Seminar / Ruang Jamuan

Bilik ini mempunyai ruang tempat duduk bagi 20 orang untuk latihan atau jamuan.


Sudut Biblioterapi

Biblioterapi merupakan salah satu teknik terapi di mana buku digunakan sebagai medium terapi ekspresif yang melibatkan bahan-bahan tertentu sebagai satu kaedah merawat jiwa dan hati.


Sudut Little Free Library.

Little Free Library “take a book, return a book” merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan minat membaca dan galakan kepada budaya membaca di samping memberi kesedaran berkaitan kepentingan membaca dan juga memperluaskan jangkauan perpustakaan.


Sudut Siber

Perkhidmatan internet serta akses kepada pangkalan data yang terbuka kepada pengguna Pusat Sumber KK sama ada ahli atau bukan ahli.