OBJEKTIF

Menyediakan bahan rujukan dan bahan bacaan dalam pelbagai format yang komprehensif dan terkini serta perkhidmatan tambah nilai untuk memenuhi keperluan maklumat selaras dengan visi dan misi kementerian.

MISI

Memupuk dan membina pegawai-pegawai kementerian yang berilmu dan berpengetahuan bagi membolehkan mereka membuat keputusan terbaik serta menjalankan tugas ke taraf profesional.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan maklumat terunggul di bidang teras iaitu komunikasi, multimedia, penyiaran, perfileman, industri muzik tempatan dan bidang berkaitan.

FUNGSI

Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua pegawai dan kakitangan Kementerian Komunikasi dan agensi-agensi di bawahnya melalui pembacaan, penyelidikan dan rujukan.

Menjadi pusat bagi mengumpul, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat mengenai Kementerian Komunikasi.

Sebagai pusat kecemerlangan maklumat dalam industri penyiaran, perfileman dan muzik tempatan.

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.

Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan dalam tempoh 5 minit.

Menjawab pertanyaan penyelidikan dalam tempoh 2 hari bekerja.

Menyediakan kemudahan Portal Pusat Sumber yang boleh diakses 24 jam.