KATEGORI KOLEKSI
KOLEKSI-KOLEKSI YANG BOLEH DIDAPATI DI PUSAT SUMBER KKMM
-
KOLEKSI BAHAN BERCETAK
Koleksi Bahan Bercetak merupakan koleksi terbuka dan rujukan. Semua bahan bercetak termasuk monograf, peta, poster, carta, risalah, gambar (lukisan, lakaran, foto). Koleksi ini terdapat di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ianya merangkumi bahan yang boleh dipinjam dan bertujuan untuk rujukan sahaja.
-
KOLEKSI RUJUKAN PEPERIKSAAN
Koleksi Rujukan Peperiksaan diletakkan di satu ruang khas untuk menghimpunkan koleksi bahan yang digunakan untuk tujuan Peperiksaan Kakitangan Awam. Selain bertujuan untuk peperiksaan, bahan ini juga dirujuk untuk tujuan semakan peraturan-peraturan penjawat awam.
-
KOLEKSI KHAS KEMENTERIAN
Koleksi khas Kementerian menghimpunkan koleksi-koleksi terbitan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Koleksi ini ditempatkan di ruangan khas dan boleh dirujuk.
-
KOLEKSI SUMBER MEDIA
Koleksi Sumber Media yang disediakan merujuk kepada koleksi bahan digital yang disimpan dalam bentuk CD, DVD. Bahan rujukan ini merangkumi koleksi gambar, video, lagu dan bahan interaktif. Koleksi ini ditempatkan di Bilik Koleksi Sumber Media Pusat Sumber KKMM mengikut klasifikasi bahan-bahan digital. Ianya merupakan koleksi terhad dan tidak boleh dipinjam.
-
KOLEKSI MAJALAH BERJILID
Koleksi Majalah Berjilid merupakan koleksi majalah yang dikumpul dan dijilid mengikut susunan siri-siri majalah. Koleksi ini ditempatkan di rak khas sekitar ruang legar Pusat Sumber KKMM dan ianya terhad. Koleksi ini dibawah kategori rujukan dan tidak boleh dipinjam
-
KOLEKSI DIGITAL
Koleksi Digital yang terdapat di Pusat Sumber KKMM merangkumi bahan koleksi atas talian yang dilanggan untuk rujukan pengguna secara terus di atas talian tanpa perlu hadir secara fizikal di Puat Sumber KKMM. Antara langganan yang disediakan oleh Pusat Sumber KKMM adalah Bliss dan Wired. Selain itu, koleksi keratan akhbar dan juga bahan bacaan digital juga disediakan
-
KOLEKSI BUKU KANAK-KANAK
Koleksi buku kanak-kanak menghimpunkan bahan-bahan pembelajaran bersesuaian dengan bacaan mengikut peringkat umur. Koleksi ini juga menggabungkan teknologi Argumented Reality & Virtual Reality untuk menjadikannya lebih interaktif dan menambah keseronokan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan merangkumi koleksi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.